KHAIRUNNISA ALEEYA SUMBANG PINGAT EMAS PERTAMA JOHOR
Lagu Bangsa Johor berkumandang buat kali pertama di Bumi Kenyalang apabila Khairunnisa Aleeya menghadiahkan pingat emas sulung buat kontinjen Johor setelah mengungguli sukan berbasikal acara lepas beramai-ramai individu wanita pada temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024.
Selepas mendapat tempat keempat pada acara kriterium sebelum ini, Khairunnisa mengakui sedikit terkilan tidak dapat mencipta kejayaan untuk membawa pulang pingat dalam acara kegemarannya pada temasya kali ini.
Kehampaan tersebut nyata menyuntik semangat dan motivasi buat Khairunnisa yang berjaya menebus kekecewaan apabila beliau dan rakan-rakan menyumbang pingat perak dalam acara lepas beramai-ramai berpasukan.
Kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama buat Johor pada temasya SUKMA kali ini secara tidak langsung menandakan pencapaian terbaik buatnya sepanjang berkecimpung dalam arena sukan berbasikal.
Tahniah Khairunnisa!
#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor