KLUANG BAKAL NIKMATI KLINIK KESIHATAN BAHARU

Apabila siap kelak, klinik berkenaan dijangka mampu memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 800 pesakit sehari, sekali gus meningkatkan akses serta keselesaan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di daerah Kluang. | Foto FB Ah Soon
#IskandarPuteri – Daerah Kluang bakal menerima sebuah Klinik Kesihatan Jenis 2 baharu dengan kos pembinaan melebihi RM48 juta yang dijangka siap menjelang Mac 2029.
Projek berkenaan yang mula dilaksanakan pada Mac 2025 dengan tempoh pembinaan selama 48 bulan dan kini ia mencatat kemajuan sebenar 21.73 peratus, mendahului jadual asal sebanyak 16.69 peratus.
Klinik Kesihatan empat tingkat itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, X-ray, rawatan penyakit tidak berjangkit, makmal, farmasi, kecemasan serta rehabilitasi.
Apabila siap kelak, klinik berkenaan dijangka mampu memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 800 pesakit sehari, sekali gus meningkatkan akses serta keselesaan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di daerah Kluang.
Kerajaan Negeri juga akan terus memantau perkembangan projek berkenaan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan kemudahan kesihatan baharu itu akan dapat dinikmati rakyat sebaik sahaja siap.
Usaha memperkukuh kemudahan kesihatan di daerah Kluang ini penting bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan yang lebih selesa, lengkap dan berkualiti kepada masyarakat setempat.
Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, mengadakan lawatan ke projek Klinik Kesihatan baharu berkenaan bagi meninjau perkembangan semasa pembinaannya.
#JohorSafeZone
#SistemKesihatanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



