KOMITMEN BERTERUSAN MELAHIRKAN PEGAWAI TADBIR CEMERLANG

YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor menyempurnakan penyerahan surat tawaran program pembangunan kompetensi kepada kedua-dua Pegawai Tadbir Negeri Johor berkenaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menjunjung tinggi titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk melihat lebih ramai Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) memiliki standard profesional dengan menghantar dua lagi pegawai menyertai program pembangunan kompetensi di peringkat antarabangsa.

 

Inisiatif yang menyokong hasrat YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor untuk menghantar pegawai tadbir ke universiti terkemuka dunia digerakkan oleh Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor itu bagi meningkatkan daya saing dan memperkasa barisan pentadbiran negeri dengan pengalaman antarabangsa demi perkhidmatan kepada rakyat secara lebih strategik dan berkesan.

 

Bakal melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Awam di Lee Kuan Yew School of Public Policy National University of Singapore (NUS) pada Ogos depan, YBhg. Encik Muhammad Amirul Ardy A. Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) Institut Dato’ Onn terpilih selepas mencapai keputusan cemerlang dalam beberapa siri ujian kelayakan malah Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor berterima kasih kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Singapura atas tajaan diberikan.

 

Selain itu, YBhg. Tuan Haji Tifla Mohd. Addi, Setiausaha Majlis Perbandaran Pontian pula terpilih mengikuti kursus jangka pendek Oxford Programme on Negotiation di University of Oxford, United Kingdom yang bermula 9 hingga 13 Jun ini, hasil taklimat penyertaan dilaksanakan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor pada 11 Mac lalu melibatkan pegawai Gred 12 ke atas.

 

Terdahulu, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor menyempurnakan penyerahan surat tawaran kepada kedua-dua Pegawai Tadbir Negeri Johor berkenaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, hari ini.

 

Hadir sama, YB Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor dan YBhg. Tuan Ab Razak Khalid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

 

#WTN
#PegawaiTadbirNegeriJohor
#JCS
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor