LALUAN ALTERNATIF HUBUNGKAN PENDUDUK KAMPUNG TENANG


Laluan alternatif sementara yang dibuka melalui jalan ladang dan kawasan Kampung Baru Cina Ban Foo.

 

#JohorBahru – Penduduk Kampung Tenang di Mukim Plentong kini boleh menggunakan laluan alternatif sementara yang dibuka melalui jalan ladang dan kawasan Kampung Baru Cina Ban Foo untuk menghubungkan semula laluan darat ke kampung berkenaan.

 

Usaha menghubungkan semula penduduk terputus hubungan itu hasil tindakan segera Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru dengan Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru serta Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Johor Bahru.

 

Laluan alternatif tersebut disediakan berikutan jambatan utama ke Kampung Tenang mengalami kerosakan teruk akibat banjir pada 19 Mac lalu yang menyebabkan struktur tiang jambatan patah dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

 

Pada masa sama, JPBD Johor Bahru telah mengemukakan permohonan peruntukan berjumlah RM3.5 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor bagi pembinaan jambatan baharu yang lebih kukuh dan selamat buat pengguna.

 

Penduduk kampung yang menggunakan laluan alternatif itu dinasihatkan agar berhati-hati terutama pada waktu malam bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini selain sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sehingga jambatan baharu dapat disiapkan sepenuhnya.

 

#KampungTenang
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor