LOGO TAHUN MELAWAT JOHOR 2026 DILANCAR
#JohorBahru – Logo Tahun Melawat Johor 2026 dilancarkan secara rasmi di hadapan kira-kira 1,000 delegasi tempatan dan antarabangsa pada Majlis Pelancaran Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025, hari ini.
Menghimpunkan elemen sejarah, budaya dan ekonomi Johor, logo dengan reka bentuk yang padu itu menampilkan Bangunan Sultan Ibrahim sebagai sebuah cerminan warisan, masa depan serta kemajuan dikecapi negeri.
Selain itu, simbol utama seperti harimau dan nanas pula menyerlahkan kekuatan Johor dalam konservasi dan pertanian, mempamerkan kekayaan warisan selain potensi dimiliki negeri ini pada masa depan.
Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut mengajak keluarga ASEAN untuk menikmati keunikan terdapat di negeri ini dan menjadikan ATF sebagai platform bertukar pandangan serta inspirasi memperkukuh matlamat pelancongan di rantau ini.
Logo yang diterjemah dalam satu rekaan serba harmoni itu telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri sekali gus mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan unggul.
Turut hadir, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor serta YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
#ATF2025
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor