MASYARAKAT ORANG ASLI RAIH PENDEDAHAN BERGUNA

YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. memberi ucapan pada Program Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Johor Tahun 2025 di Tanjung Balai Karimun, Indonesia yang berlangsung pada 20 hingga 22 Februari lalu. | Foto Zahari Sarip
#IskandarPuteri – Program Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Johor Tahun 2025 anjuran Kerajaan Negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor di Tanjung Balai Karimun, Indonesia selama tiga hari menjadi platform memberi pendedahan kepada pembangunan masyarakat Orang asli di negeri ini.
Menerusi program yang disertai pemimpin masyarakat Orang Asli termasuk Tok Batin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) serta belia dan beliawanis itu telah memberi pengalaman dan pengetahuan untuk diaplikasi di kampung masing-masing.
Bagi Mohd Shafiee Noore dari Kampung Orang Asli (KOA) Simpang Arang menghargai peluang diberikan Kerajaan Negeri dan JAKOA kepada belia Orang Asli untuk menyertai program berkenaan dan berterima kasih atas keprihatinan kerana sentiasa menitikberatkan pembangunan orang muda dari komuniti tersebut.
Sementara itu, Tok Batin Ayob Amran dari KOA Senggarang pula menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri serta JAKOA atas keprihatinan dalam melaksana pelbagai usaha dan bantuan bagi menaik taraf kehidupan Orang Asli sekali gus memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan.
Untuk rekod, keseluruhan kira-kira RM23.21 juta diperuntukkan Kerajaan menerusi JAKOA pada tahun 2024 dan 2025 untuk pembangunan masyarakat Orang Asli di Johor menerusi pelaksanaan pelbagai program mahupun projek meliputi aspek ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, infrastruktur, naik taraf jalan perhubungan, bekalan air terawat, modal insan serta pemerkasaan adat dan budaya.
Terdahulu, Program Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Johor Tahun 2025 di Tanjung Balai Karimun, Indonesia yang berlangsung pada 20 hingga 22 Februari lalu turut disertai YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor serta YBrs Faisal Long, Pengarah JAKOA Negeri Johor.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor