MENTERI BESAR SANTUNI JEMAAH HAJI ROMBONGAN KERAJAAN JOHOR

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyantuni salah seorang jemaah haji pada Majlis Meraikan Jemaah Haji Bagi Tahun 1446H/2025M. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#Kulai – Seramai 142 jemaah haji menjadi kumpulan kedua daripada Rombongan Kerajaan Johor (RKJ), hari ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) bagi menunaikan ibadah haji untuk musim 1446H/2025.

 

Mereka terdiri daripada seramai 3,802 jemaah haji dari Johor, termasuk 500 daripadanya adalah jemaah RKJ yang merangkumi golongan pesara dan penjawat awam. Kesemua jemaah haji ini akan berlepas dari LTAS ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum menaiki penerbangan khas haji ke Arab Saudi.

 

Semua jemaah haji RKJ ini mula berangkat ke tanah suci secara berperingkat bermula semalam hingga 17 Mei ini yang diketuai YBhg. Yosree Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), selaku pembimbing jemaah.

 

Bagi musim haji kali ini, Kerajaan Johor juga meneruskan insentif khas dengan menampung kos tambang penerbangan pergi dan balik khas kepada jemaah RKJ, selain turut bekerjasama dengan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi memastikan semua jemaah haji Johor dapat melakukan persiapan dengan sewajarnya sebelum berangkat ke tanah suci.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menitipkan doa kepada para jemaah haji RKJ supaya dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam keadaan selamat sepanjang berada tanah suci bagi memperoleh ibadah haji yang mabrur.

 

Jemaah haji Johor juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi serta pada masa sama perlu menjaga tahap kesihatan masing-masing sepanjang musim haji ini.

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir Majlis Meraikan Jemaah Haji Bagi Tahun 1446H/2025M di Balai Perlepasan LTAS, hari ini.

 

Turut hadir ialah YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor serta YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

 

#Haji1446H
#RombonganKerajaanJohor
#RKJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor