MERCEDES-BENZ AG BUKA PUSAT LOGISTIK DI JOHOR


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir menyempurnakan perasmian pembukaan Pusat Logistik Komponen Rantau Asia Mercedes-Benz AG di Senai Airport City. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

Mercedes-Benz AG secara rasminya membuka fasiliti canggih Pusat Logistik Komponen Rantau Asia dengan jangkaan nilai pelaburan mencecah sehingga RM1.5 bilion di negeri ini.

 

Terletak di Senai Airport City, Kulai, pusat logistik berkeluasan 62.6 ekar yang siap dibina dalam tempoh 23 bulan itu menjadi manifestasi keberkesanan inisiatif Kulai Fast Lane (KFL) menarik pelaburan berimpak tinggi ke Johor.

 

Pengoperasian gudang tersebut juga bukan sahaja mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai hab logistik di rantau Asia Tenggara malah membangunkan kemahiran tenaga kerja tempatan menerusi hampir 300 peluang pekerjaan yang dicipta.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir menyempurnakan perasmian pembukaan Pusat Logistik Komponen Rantau Asia Mercedes-Benz AG di Senai Airport City.

 

Turut hadir, YBhg. Encik Fizwan Dato’ Haji Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai; YBhg. Tuan Haji Mohd Fahmi Salam, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai dan Klaus Ziemsky, Ketua Operasi Pusat Logistik Komponen Mercedes Benz.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor