MPBP PERKENAL INISIATIF PENDIGITALAN PERKHIDMATAN
#BatuPahat – Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melaksanakan transformasi dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam di dalam kawasan pentadbirannya dengan memperkenalkan tiga inisiatif pendigitalan bagi memacu agenda bandar pintar menjelang tahun 2030.
Inisiatif baharu tersebut adalah aplikasi ‘JomParking’ yang menjadi alternatif kepada kupon parkir fizikal dengan integrasi sistem ‘Go Force’ dan ‘GoPayy’ bermula 10 November lalu serta kemudahan kios layan diri tanpa tunai di Menara MPBP untuk urusan pembayaran cukai, lesen, sewaan premis dan bil pelbagai.
Selain itu, MPBP turut bakal memperkenalkan kaunter pandu lalu tanpa tunai di kawasan Dewan Jubli Intan MPBP bagi mengurangkan kesesakan kaunter fizikal sekali gus mempercepatkan urusan orang ramai yang dijangka mula beroperasi pada 7 Januari 2025 ini.
Kesemua inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen MPBP dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap selain menyokong pelbagai kaedah pembayaran digital seperti kad debit, kad kredit, dompet elektronik (e-wallet) dan DuitNow QR.
Terdahulu, YBhg. Encik Ezahar Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP diiringi YBhg. Encik Zaidi Japar, Ketua Whip Ahli Majlis MPBP dan Ketua-Ketua Jabatan MPBP menyempurnakan perasmian aplikasi ‘JomParking’, Kios Layan Diri dan Kaunter Pandu Lalu Tanpa Tunai di Menara MPBP.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor