MPP, KLDSB, KEJORA JALIN KERJASAMA STRATEGIK
#IskandarPuteri – Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) terus mengorak langkah ke hadapan dalam menyokong agenda Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan Pengerang sebagai hab ekonomi baharu yang berdaya saing menerusi jalinan kerjasama strategik bersama Kejora Land Development Sdn. Bhd. (KLDSB) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Usahasama berkenaan yang melibatkan pemeteraian perjanjian jual beli empat unit kedai pejabat di Taman Permata Penawar, dibangunkan oleh KLDSB di atas tanah berkeluasan 67 ekar yang turut merangkumi pembangunan hartanah kediaman dan lot komersial di kawasab Bandar Penawar.
Direka dengan mengambil kira ciri moden selain dilengkapi kemudahan bagi memenuhi keperluan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat besar, lebih 60 peratus unit berkenaan telah terjual, menjadikan pembangunan di lokasi strategik itu berpotensi menjadi nadi utama aktiviti ekonomi setempat.
Selain itu, pembelian unit lot kedai pejabat di Bandar Penawar ini juga menterjemah komitmen MPP terhadap agenda pembangunan mampan, selain usaha berterusan bagi menyediakan kemudahan yang mampu membawa manfaat kepada masyarakat setempat.
Majlis menandatangani perjanjian pembelian kedai pejabat itu telah dihadiri oleh YB Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil, Pengurus Besar KEJORA; YBhg. Ts. Mohd Johari Tarmidi, Yang Dipertua MPP; YBhg Mohd Mackeen Mohd Shafiee, Setiausaha MPP dan YBhg Arbain Paiman, Ahli Lembaga Pengarah KLDSB.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor