JUALAN KASIH JOHOR KEMBALI SEMPENA DEEPAVALI 2026

Persiapan menyambut Deepavali 2026 lebih menjimatkan menerusi Jualan Kasih Johor yang menawarkan Kombo Kasih RM15 dari 30 Oktober hingga 1 November, merangkumi seekor ayam, sepapan telur dan dua liter minyak masak bagi membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah. | Foto arkib MDJ
#JohorBahru – Persiapan menyambut Deepavali 2026 bakal menjadi lebih menjimatkan apabila Jualan Kasih Johor akan kembali menawarkan Kombo Kasih RM15 bermula dari 30 Oktober hingga 1 November ini, sekali gus memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan.
Menerusi tawaran berkenaan, orang ramai boleh mendapatkan satu ekor ayam, satu papan telur dan dua liter minyak masak pada harga hanya RM15, sekali gus membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah menjelang sambutan perayaan berkenaan.
Program Jualan Kasih Johor ini merupakan inisiatif Kerajaan Johor dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu rakyat mendepani cabaran kos sara hidup.
Selain itu, penawaran kombo berkenaan juga memberi ruang kepada masyarakat untuk merancang perbelanjaan dan persiapan perayaan dengan lebih berhemah tanpa mengetepikan keperluan asas keluarga.
Pelaksanaan Jualan Kasih Johor mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih mampu milik, khususnya ketika permintaan terhadap barangan asas semakin meningkat menjelang musim perayaan.
Sehubungan itu, inisiatif berkenaan diharap dapat terus memberi manfaat kepada masyarakat, sekali gus menyokong kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor.
Sementara itu, lokasi dan waktu jualan bagi tempoh berkenaan akan diumumkan kelak. Orang ramai disarankan supaya mengikuti laman media sosial rasmi FAMA Negeri Johor bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai lokasi, masa dan pelaksanaan jualan berkenaan.
#JualanKasihJohor
#KomboKasihRM15
#Deepavali2026
#FAMA
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


