NIKKEI FORUM TINGKAT PROFIL JOHOR SEBAGAI KUASA BAHARU EKONOMI ASIA

YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor hadir menyampaikan ucapan penutup untuk hari pertama Nikkei Forum Medini Johor 2025 di Sunway City, Iskandar Puteri. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Nikkei Forum Medini Johor 2025 bertemakan Memacu Hab Inovasi Asia menjadi medan penting meningkatkan profil dan kedudukan Johor sebagai kuasa baharu serta bakal arkitek utama dalam membentuk masa depan ekonomi rantau ini.
Forum anjuran Nikkei Inc. bersama Nikkei Business Publication (BP) iaitu syarikat media dari Jepun dan Iskandar Investment Berhad (IIB) selama dua hari itu turut membantu mengukuhkan negeri ini sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi serantau.
Dengan fokus forum menyentuh pelbagai aspek termasuk teknologi generasi baharu, transisi tenaga hijau, keterangkuman digital dan tadbir urus mampan pada hari pertama, secara tidak langsung meletakkan Johor sebagai contoh menerusi gabungan dasar proaktif, kedudukan geografi strategik dan kecekapan tadbir urus kerajaan.
Oleh itu, Johor tidak ketinggalan malah komited untuk mengambil peluang dimiliki Asia sebagai pasaran terbesar dunia dengan beralih kepada aktiviti ekonomi bernilai tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), reka bentuk semikonduktor, teknologi hijau dan kewangan digital.
Pewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang memperlihatkan pendekatan negeri ini menekankan kepada sinergi rentas sempadan dalam pelaburan, mobiliti bakat dan teknologi juga mencerminkan kesediaan Johor menjadi hab pelaburan berimpak tinggi serta inovasi masa depan.
Terdahulu, YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor hadir menyampaikan ucapan penutup untuk hari pertama Nikkei Forum Medini Johor 2025 di Sunway City, Iskandar Puteri, hari ini.
#NikkeiForumMediniJohor2025
#WTN
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor