PBT, SV, SWM ENVIRONMENT MULA LAKSANA PEMBERSIHAN PASCA BANJIR

MPKu menerusi Southern Volunteers Response Team (SVRT) telah menggerakkan seramai 50 petugas dan sukarelawan bagi melaksanakan operasi pembersihan pasca banjir di beberapa lokasi terjejas. | Foto Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
#IskandarPuteri – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berganding bahu bersama Southern Volunteers (SV) dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) bagi melaksanakan inisiatif pembersihan pasca banjir yang membabitkan lima daerah terjejas dengan bencana banjir yang akan dilakukan secara berperingkat.
Operasi bantuan pasca banjir tersebut kini sedang dijayakan di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, dan Kota Tinggi melibatkan tujuh PBT iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKU).
Turut sama melaksanakan operasi pembersihan pasca banjir ialah Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) yang telah menggerakkan kesemua aset bagi mempercepatkan usaha pembersihan di lokasi yang dilanda bencana berkenaan.
Di Kulai, MPKu menerusi Southern Volunteers Response Team (SVRT) diketuai YBhg Mohd Hafiz Aliman, Yang Dipertua MPKu telah menggerakkan seramai 50 petugas dan sukarelawan bagi melaksanakan operasi pembersihan pasca banjir di beberapa lokasi terjejas.
Selain itu, SWM Environment juga telah melaksanakan Operasi Pembersihan Pasca Banjir dengan kekuatan 200 anggota dan 40 kenderaan berjentera bagi membersihkan lebih 250 metrik tan sisa banjir di sekitar Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Kulai yang sudah dimulakan sejak 21 Mac lalu.
#PascaBanjir
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor