PELAJAR TERJEJAS BANJIR PAKAI BAJU BIASA


YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan diiringi YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan lawatan bagi meninjau pengoperasian sekolah diwartakan sebagai PPS. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#Kluang – Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar yang terjejas banjir di negeri ini, hadir ke sekolah dengan pakaian biasa untuk menjalani sesi akademik di dalam kelas seperti ditetapkan.

 

Kelonggaran berkenaan berikutan kebanyakan daripada pelajar terlibat tidak membawa pakaian seragam ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan kebenaran sama juga diberikan kepada mereka yang berhadapan kesukaran mengeringkan pakaian itu kerana cuaca hujan.

 

Selain itu, KPM turut menyalurkan bantuan khas berjumlah RM50,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Simpang Renggam untuk melaksanakan kerja baik pulih infrastruktur sekolah yang sering dijadikan PPS bagi menempatkan mangsa banjir.

 

Terdahulu, YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan mengadakan lawatan bagi meninjau pengoperasian sekolah diwartakan sebagai PPS di Kluang iaitu SK Sungai Linau, SK Simpang Renggam dan SK Seri Kencana.

 

Turut hadir dalam lawatan berkenaan adalah YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor serta YBrs. Tuan Haji Mohd Hanafi Samad, Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

 

#PrayforJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor