PEMBANGUNAN E-ART DIJANGKA BERMULA SUKU KETIGA TAHUN INI

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengadakan perbincangan dengan YBrs. Tuan Muhammad Razman Abu Samah, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri. | Foto Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri – Proses Pemintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi pembangunan projek sistem pengangkutan awam, Aliran Transit Automasi-Bertingkat (E-ART) di Negeri Johor akan dibuat pada Mac ini.
Sekiranya segala proses berkaitan berjalan dengan lancar, projek yang melibatkan tiga koridor utama iaitu Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri itu dijangka bermula suku ketiga tahun ini.
Sistem E-ART yang dipilih setelah mengambil kira kos, jangka masa dan keperluan masa kini itu dibangunkan bagi memperluaskan akses pengangkutan awam di kawasan berimpak tinggi.
Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan terus komited dan akan sentiasa memperjuangkan pembangunan pengangkutan awam yang lebih baik untuk rakyat di negeri ini.
Pengangkutan awam yang efisien menjadi keperluan untuk memastikan rakyat dapat bergerak dengan mudah, menjimatkan masa dan kos serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengadakan perbincangan dengan YBrs. Tuan Muhammad Razman Abu Samah, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.
Perbincangan mengenai pelan pengangkutan awam Negeri Johor itu antara lain membangkitkan cadangan mempercepatkan pembangunan sistem pengangkutan awam, E-ART.
#EART
#SistemPengangkutanAwam
#UKASJPM
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor