PEMBERSIHAN ‘AIR BERBAU BUSUK’ TELAH DIMULAKAN: MB


Kerja-kerja pembersihan takungan air berbau busuk telah dimulakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI). | Foto Ihsan: Facebook Onn Hafiz Ghazi.

 

ISKANDAR PUTERI — Takungan air berbau busuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) diadukan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam, telah diambil tindakan sewajarnya.

 

Onn Hafiz berkata, perkara itu dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab selepas menerima aduan yang disampaikan supaya tindakan segera diambil untuk keselesaan orang ramai.

 

“Susulan aduan yang saya terima semalam dari laman Facebook, saya telah meminta pihak penyelenggara dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor agar kerja pembersihan dilakukan pada kadar yang segera.

 

“Syukur Alhamdulillah, hari ini kerja-kerja pembersihan telah dimulakan. Insya Allah kerajaan negeri mendengar dan memahami keluhan yang dialami oleh setiap pengguna dan akan terus mengambil tindakan demi keselesaan dan keselamatan rakyat,” kata beliau di Facebooknya, hari ini.

 

Berdasarkan laporan diterimanya, Onn Hafiz berkata, air meleleh dan bertakung berbau busuk itu bukannya kumbahan, sebaliknya air buangan sinki yang telah tersumbat.

 

“Insya Allah, kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan akan terus berusaha menyelenggara dan memperbaiki lagi sistem sedia ada,” kata beliau lagi.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor