PENANTIAN BERAKHIR, PEMBELI RESIDENSI PR1MA KOTA TINGGI GEMBIRA


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hadir ke Majlis Penyerahan Kunci dan Jamuan Makan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 Residensi PR1MA Kota Tinggi, semalam | Foto Ihsan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor.

 

KOTA TINGGI — Penantian lebih dua tahun pembeli Residensi PR1MA Kota Tinggi berakhir dengan apabila projek perumahan sakit berjaya disiapkan.

 

Seramai 526 pembeli menerima kunci kediaman masing-masing pada Majlis Penyerahan Kunci dan Jamuan Makan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 Residensi PR1MA Kota Tinggi, semalam.

 

Hadir menyempurnakan penyerahan kunci tersebut adalah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

 

Pegawai eksekutif, Amreeta Omar, 41, akui berasa putus asa dengan status perumahan yang tertangguh sebelum ini, kerana


Pegawai eksekutif, Amreeta Omar, 41, akui berasa putus asa dengan status perumahan yang tertangguh sebelum ini, kerana sudah menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) sejak tahun 2020 lagi.

sudah menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) sejak tahun 2020 lagi.

 

“Saya ingat tidak dapat kunci, (pasal) kita banyak dengar pasal projek projek sakit PR1MA, tapi nak buat macam mana sudah mula bayar bank.

 

“Tapi akhirnya dapat juga rumah, alhamdulillah,” katanya yang memaklumkan akan berpindah ke rumah baharu mereka mulai Jun ini.

 

Pasangan suami isteri K. Vijayan dan S. Revathy masing-masing berusia 41 tahun berkongsi perasaan gembira selepas lima tahun berurusan bagi mendapatkan kediaman itu.

 

“Ini rumah pertama kami, rasa seronok sangat. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan,” katanya yang juga bakal menerima cahaya mata pertama dalam tempoh terdekat.

Pasangan suami isteri K. Vijayan dan S. Revathy masing-masing berusia 41 tahun berkongsi perasaan gembira selepas lima tahun berurusan bagi mendapatkan kediaman itu.

 

Bagi Rozlina Basok, 44, yang merupakan seorang guru memberitahu proses memiliki kediaman tersebut berjalan dengan lancar.

 

Ujarnya, permohonan dibuat Mei 2021 dan selepas lima bulan sudah menandatangani S&P sekali gus urusan dilalui adalah

sangat mudah.

Rozlina Basok, 44, yang merupakan seorang guru memberitahu proses memiliki kediaman tersebut berjalan dengan lancar.

“Saya tidak tahu bahawa projek ini adalah projek sakit pada awalnya. Setelah saya tandatangan S&P baru saya tahu.

 

“Namun pihak PR1MA sangat membantu saya dari A hingga Z, jadi saya tidak risau. Alhamdulillah hari ini saya dapat rumah pertama saya,” katanya.

 

Residensi Kota Tinggi mempunyai 625 unit rumah teres serta dilengkapi fasiliti untuk kemudahan penduduk seperti tadika, dewan serbaguna, taman permainan dan surau.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor