PENDEKATAN BERSEPADU PENGURUSAN SISA PEPEJAL HOLISTIK

YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. | Foto Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh sistem pengurusan sisa pepejal di seluruh negeri ini, menerusi pelbagai pendekatan bersepadu selaras aspirasi dan usaha dalam menjayakan agenda Johor Bersih.

 

Menerusi inisiatif oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), penekanan kini diberikan kepada penggunaan teknologi moden, penguatkuasaan berterusan dan peningkatan kesedaran masyarakat dengan menyediakan sistem perkhidmatan asas lebih efisien serta berimpak tinggi.

 

Antara langkah utama sedang digerakkan termasuk pengaktifan sistem aduan berasaskan geolokasi digital yang mempercepat respons terhadap isu kebersihan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan sekitarnya serta penguatkuasaan secara konsisten.

 

Usaha lain adalah pembinaan Transfer Station dan Material Recovery Facility (MRF) di kawasan Greater Johor Bahru bagi menangani kebergantungan kepada Tapak Pelupusan Seelong yang akan meningkatkan kecekapan proses pelupusan serta kitar semula sisa pepejal bandar.

 

Selain itu, Tapak Pelupusan Sanitari (TPS) Bukit Payung berkeluasan 104.2 ekar dan berkapasiti pelupusan 650 tan sehari yang akan mula beroperasi pada September ini, menjadi bukti Kerajaan Negeri tidak berkompromi dalam isu kebersihan awam.

 

Terdahulu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

 

#WTN
#JohorBersih
#SisaPepejal
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor