PENTADBIRAN TANAH JOHOR REKOD HASIL RM1.89 BILION

Pentadbiran Tanah Johor merekodkan kutipan hasil RM1.89 bilion bagi tahun 2025 dengan surplus 136.18 peratus berbanding sasaran asal. | Foto FB Laman Rasmi – Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor

 

#IskandarPuteri – Pentadbiran Tanah Johor mencatat pencapaian cemerlang apabila merekodkan kutipan hasil berjumlah RM1.89 bilion bagi tahun 2025, satu peningkatan ketara dengan surplus sebanyak 136.18 peratus berbanding sasaran asal yang telah ditetapkan sebelum ini.

 

YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor menyifatkan kejayaan yang diraih ini adalah hasil dedikasi, integriti serta komitmen tinggi seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Johor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

 

Menerusi hantaran rasmi di laman Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Johor serta seluruh warga kerja atas kejayaan luar biasa berkenaan.

 

Jelasnya, kejayaan yang diraih ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan pengurusan hasil, malah menjadi pemangkin penting kepada kemampanan ekonomi negeri, sekali gus menyokong agenda pembangunan berterusan Kerajaan Negeri Johor demi kesejahteraan rakyat.

 

Penghargaan dan ucapan terima kasih turut dizahirkan atas prestasi cemerlang berkenaan dengan harapan kejayaan itu dapat diteruskan serta menjadi inspirasi kepada semua jabatan lain dalam memberikan perkhidmatan terbaik, selaras dengan visi Johor Maju Jaya.

 

#JohorSafeZone
#PejabatTanahdanGalianJohor
#PTGJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor