PERUNTUKAN RM10.5 JUTA PERKASA SEKTOR PERTANIAN JOHOR

YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor menyempurnakan perasmian Program Penemuasuaan Syarikat Peneraju Dan Pengusaha Tanaman Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2025. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#JohorBahru – Jabatan Pertanian Negeri Johor terus komited memperkukuh sektor pertanian menerusi pelaksanaan pelbagai program strategik melibatkan peruntukan berjumlah sebanyak RM10.5 juta diterima bagi tahun ini.

 

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM2.5 juta untuk program Memperkasa Industri Agromakanan dan Komoditi Berpotensi serta program Memperkasa Pertanian Pintar dan Mekanisasi Pertanian masing-masing dengan 177 dan 51 penerima manfaat.

 

Program Johor Agropreneur Muda (JFA) pula diperuntukkan RM2 juta untuk disalurkan kepada 134 usahawan muda dalam sektor pertanian manakala RM1.5 juta bagi program Memperkasa Pembangunan Industri Asas Tani melibatkan 81 penerima manfaat.

 

Sebanyak RM1 juta juga diperuntukkan untuk program Memperkasa Pembangunan Industri Padi Negeri Johor serta program Memperkasa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang masing-masing memanfaatkan 883 pesawah dan 73 penerima.

 

Untuk memperkukuh jaringan rantaian bekalan, program Penemusaan Syarikat Peneraju dan Pengusaha Tanaman diadakan melibatkan penyertaan empat syarikat peneraju yang bersedia bekerjasama dengan 60 pengeluar tanaman berpotensi menerusi sesi padanan perniagaan.

 

Kesemua inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen untuk mentransformasikan sektor pertanian secara menyeluruh bukan sahaja dari segi produktiviti dan pendapatan petani serta memastikan produk dihasilkan menepati piawaian pasaran domestik dan antarabangsa.

 

Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor menyempurnakan perasmian Program Penemuasuaan Syarikat Peneraju Dan Pengusaha Tanaman Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2025, hari ini.

 

#WTN
#Pertanian
#Inisiatif
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor