PINGAT EMAS UNTUK ARWAH AYAH


Nur Farah Aziera Shamsuddin memenangi pingat emas sukan memanah acara 50 meter Compound individu. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Nur Farah Aziera Shamsuddin, 21, mengalirkan air mata sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang pingat emas sukan memanah acara 50 meter Compound individu wanita untuk temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024. 

 

Farah Aziera mengakui beliau hampir putus asa dalam sukan memanah selepas pemergian arwah ayahanda pada bulan Syawal lepas, akan tetapi dorongan motivasi daripada jurulatih mengubah keputusan tersebut.

 

Anak kelahiran Pontian ini menujukan kejayaan pingat emas tersebut untuk arwah ayah dan juga berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong sepanjang perjalanan beliau sebagai atlet memanah Johor. 

 

Beliau berpuas hati dengan sasaran pingat memandangkan ini adalah penampilan SUKMA yang terakhir dan bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. 

 

Tahniah Farah Aziera!

 

#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor