PUSAT AKUATIK ARENA LARKIN KEMBALI BEROPERASI


Pusat Akuatik Arena Larkin kembali dibuka kepada orang awam. | Foto Hairi Md Shah – HMS

 

#IskandarPuteri – Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin kembali dibuka kepada orang awam bermula hari ini setelah menjalani kerja-kerja naik taraf dan penggantian lantai kolam renang utama dan kolam terjun yang ditutup sejak Ogos tahun 2024.

 

Proses menaik taraf telah disempurnakan oleh pihak pemaju pada November 2024, manakala pemantauan berkala dan rawak dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerusi pengambilan sampel air kolam tersebut sepanjang bulan Disember menunjukkan keputusan positif.

 

Pihak pengurusan telah bersetuju membuka semula fasiliti ini kepada orang awam dengan garis panduan dan peraturan ditetapkan selepas laporan bacaan bakteria dan klorin dalam air kolam berada pada tahap selamat.

 

Dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta, fasiliti bertaraf antarabangsa itu kini lebih selesa dan mesra pengguna setelah menjalani proses pengubahsuaian selain selamat digunakan untuk penganjuran kejohanan sukan akuatik.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor