RAGBI LELAKI JOHOR AKHIRI PENANTIAN EMAS 30 TAHUN


Skuad ragbi Johor berjaya merangkul emas selepas kali terakhir mengungguli sukan ragbi di pentas SUKMA pada tahun 1994. | Foto Nurina Aisyah.

 

Skuad ragbi Johor merangkul pingat emas selepas mudah menewaskan Terengganu 29-0 dalam perlawanan akhir di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

 

Kejayaan tersebut hadir selepas kali terakhir mengungguli sukan ragbi di pentas SUKMA pada tahun 1994 selain turut mengubat kekecewaan sekadar menamatkan saingan di tempat kelima pada edisi sebelum ini.

 

Ketua jurulatih skuad ragbi Johor, Saizul Hafifi Md Noor menyifatkan kejayaan tersebut sangat bermakna buatnya dan pasukan susulan persiapan agresif dilaksanakan sebelum terbang ke Bumi Kenyalang.

 

Malah, persembahan garang dipamerkan anak buahnya ketika bangkit menewaskan Negeri Sembilan 19-17 di peringkat separuh akhir memberi kelebihan serta tonik yang berjaya diterjemah dengan menghadiahkan pingat emas buat Johor.

 

Saizul juga sudah melaungkan kesediaan untuk mempertahankan pingat emas dimenangi Johor serta yakin sukan ragbi di negeri ini akan terus mencipta kejayaan di bawah pimpinan YB Dato’ Mohd Noorazam Osman selaku Presiden Kesatuan Ragbi Johor (JRU).

 

#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor