RM152.88 JUTA DISALURKAN UNTUK MANFAAT MAHASISWA ANAK JOHOR SEJAK 2023

Kerajaan Negeri menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk terus memperkasa pembangunan serta kebajikan mahasiswa anak Johor melalui pelbagai inisiatif strategik berimpak tinggi. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus komited dalam memperkasa pembangunan dan kebajikan mahasiswa anak Johor melalui pelbagai inisiatif strategik yang menyeluruh serta berimpak tinggi, seiring dengan titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

 

Seramai 404,547 mahasiswa anak Johor telah menerima manfaat daripada pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif, dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM152.88 juta bagi tempoh sejak 2023 hingga tahun ini, jelas YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

 

Program dan inisiatif berkenaan dilaksanakan secara tersusun, bersasar dan inklusif bagi memastikan tiada mahasiswa yang tercicir dalam arus pembangunan ekonomi serta pendidikan, termasuk penyaluran bantuan pendidikan dan kebajikan.

 

Sebanyak RM49.6 juta diperuntukkan bagi Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) yang melibatkan 231,459 penerima manfaat, diikuti Skim Bantuan Pendaftaran (RM17.9 juta: 38,876 penerima), Skim Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor (RM39.14 juta: 8,400 penerima) dan Bantuan Laptop Siswa Johor (RM23.96 juta: 9,000 penerima).

 

Selain itu, sebanyak RM2.68 juta diperuntukkan kepada Persatuan Mahasiswa Anak Johor yang melibatkan 20,000 ahli di seluruh negara, Jelajah Mahasiswa Johor 2025 (RM1.3 juta: 80,000 penerima), Duta Mahasiswa Johor (RM600,000: 1,000 penerima) serta Biasiswa Orang Muda Johor (RM11.9 juta).

 

Kesemua program dan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperkukuh pembangunan modal insan Bangsa Johor.

 

#JohorSafeZone
#PendidikanBerkualiti
#MahasiswaAnakJohor
#OrangMudaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor