RM29 JUTA LAKSANA 79 PROJEK PEMBANGUNAN DI KOTA TINGGI

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mempengerusikan Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) Daerah Kota Tinggi bagi memastikan setiap isu rakyat dapat ditangani dengan lebih berkesan. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor meluluskan peruntukan sebanyak RM29 juta bagi melaksanakan 79 projek pembangunan di daerah Kota Tinggi menerusi Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) daerah berkenaan yang diadakan pada hari ini.

 

Mesyuarat MTD Kota Tinggi yang melibatkan enam kawasan Dewan Negeri Johor (DUN) iaitu Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar dan Tanjung Surat telah membincangkan sebanyak 180 isu dan perkara berbangkit di daerah berkenaan.

 

Daripada jumlah itu, 49 isu telah berjaya diselesaikan, 25 dalam pelaksanaan, manakala 83 lagi permohonan baharu yang akan diteliti serta dilaksanakan secara berperingkat oleh agensi yang berkaitan.

 

Peruntukan tersebut melibatkan pelbagai projek baik pulih dan naik taraf infrastruktur, penambahbaikan sistem saliran serta kemudahan komuniti yang akan memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

 

Pelaksanaan projek itu menggunakan pendekatan ‘whole-of-nation’ yang melibatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pelbagai agensi pelaksana.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mempengerusikan Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) Daerah Kota Tinggi bagi memastikan setiap isu rakyat dapat ditangani dengan lebih berkesan.

 

#JohorSafeZone
#MTDKotaTinggi
#BangsaJohorSejahtera
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor