SAMBUTAN HARI MALAYSIA BUKAN SEKADAR CUTI UMUM


Lim San Shien sebagai Duta Perpaduan Johor.

 

Selepas menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun, tarikh 16 September pula disambut sebagai memperingati peristiwa penting penya­tuan negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak dipanggil Hari Malaysia.

 

Bagi Duta Perpaduan Johor, Lim San Shien, 24, sambutan berkenaan wajar dihargai oleh seluruh rakyat negara ini dan tidak seharusnya dijadikan sebagai cuti umum, walhal Hari Malaysia disambut bagi meraikan keunikan kepelbagaian etnik dan budaya di bawah satu bumbung.

 

Selain itu, rakyat Malaysia juga diingatkan untuk mendakap prinsip kebersamaan, sentiasa mempunyai sifat kasih sayang serta menyokong antara satu sama lain, dan memastikan negara kekal merdeka serta berdaulat.

 

Anak kelahiran Muar itu turut menyarankan agar generasi muda lebih proaktif dalam menyumbang idea dan kepakaran, selain menjalin hubungan erat dengan masyarakat pelbagai etnik dan mempunyai ilmu pengetahuan untuk turut serta membangunkan negara.

 

Malah, kedudukan Malaysia yang berjaya mencapai skor yang baik dalam Indeks Perpaduan Nasional (IPNAS) pada tahun 2022 selain berada dalam kalangan 10 negara paling aman di dunia juga disifatkan San Shien sebagai bukti perpaduan rakyat negara ini masih lagi kukuh dan perlu dipertahankan.

 

Terdahulu, Pemenang Anugerah Siswa Johor Terbaik Kepimpinan Tahun 2020 itu memimpin bacaan ikrar Rukun Negara pada program Kereta Api Sarong 2024 Edisi Johor sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, pada Sabtu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor