SASAR JS-SEZ DIMETERAI DISEMBER INI
Kerajaan Negeri menyasarkan dokumen perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) ditandatangani pada 8 Disember tahun ini semasa Pemukiman Tahunan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura.
Demi memastikan visi pembangunan JS-SEZ direalisasikan, pengumuman perincian pakej insentif yang bakal ditawarkan kepada para pelabur akan dibuat oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2025, 18 Oktober ini.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga komited memastikan keseimbangan ekonomi dinikmati antara kawasan Johor Utara dan Johor Selatan sebaik sahaja JS-SEZ dilaksanakan menerusi projek pembangunan luar bandar bagi menyuntik limpahan sosioekonomi yang lebih inklusif.
Ia termasuk usaha pemodenan sektor pertanian dengan memanfaatkan kelebihan bioteknologi dan perniagaan tani selain projek pembangunan ekopelancongan seperti Desaru Coast serta Taman Negara Endau-Rompin bagi menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri kawasan Bentayan, Kukup, Penawar dan Simpang Jeram pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor