SEDIA TASKA BERI KETENANGAN BEKERJA WARGA MBIP


Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) inisiatif dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. | Foto MBIP

 

Prihatin dengan kebajikan warganya terutama golongan ibu bapa, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menyediakan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) terletak di Aras 1, Bangunan MBIP, dekat Medini.

 

Taska dikendalikan pihak Butterfly Education Centre sebagai operator itu mempunyai fasiliti seperti bilik persalinan, tandas, bilik menyusu, pantri, ruang bermain kanak-kanak, taman permainan dan pejabat pengetua.

 

Kemudahan khusus buat warga kerja MBIP itu telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor pada 5 Mac lalu.

 

Dengan tersedianya TASKA dengan suasana pembelajaran lebih kondusif untuk anak-anak warga MBIP, kemudahan itu dapat memberikan ketenangan bekerja para ibu bapa sekali gus meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan masing-masing.

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor