SEKOLAH RINTIS BANGSA JOHOR HARUMKAN NAMA JOHOR DI PENTAS ANTARABANGSA

Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) cetusan ilham DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan inovasi Global Link Singapore 2025 di Nanyang Technological University. | Foto FB Aznan Tamin
#IskandarPuteri – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri 2, Pasir Gudang yang merupakan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) cetusan ilham DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berjaya mengharumkan nama Johor di pentas antarabangsa apabila meraih kejayaan dalam pertandingan inovasi Global Link Singapore 2025 di Nanyang Technological University pada 26 dan 27 Julai lalu.
Dalam pertandingan menghimpunkan 126 kumpulan dari tujuh negara iaitu Malaysia, Indonesia, Taiwan, Singapura, Jepun, Vietnam dan China, SMK Seri Kota Puteri 2 berjaya merangkul ‘Special Focus Prize for Presentation’, anugerah khas mengiktiraf kemahiran penyampaian idea inovatif secara berkesan.
Kejayaan berkenaan diraih berdasarkan penilaian daripada panel juri profesional terdiri pensyarah dari Singapura dan Jepun yang membuktikan bahawa warga pendidik serta pelajar Johor mampu bersaing di peringkat global sekali gus setanding dengan negara-negara maju.
Pencapaian membanggakan tersebut turut disumbangkan menerusi kolaborasi pintar antara SMK Seri Kota Puteri 2 bersama rakan strategik industri dan akademik, Emkey Precision and Engineering Services Sdn. Bhd. serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor.
Selain itu, pengiktirafan diterima juga menjadi manifestasi kepada kejayaan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan sistem pendidikan berkualiti menerusi SRBJ yang diilhamkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
#SMKSeriKotaPuteri2
#STEM
#SRBJ
#PendidikanBerkualiti
#JohorLeads
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor