SEKRETARIAT MUAFAKAT FELDA NEGERI JOHOR DILANCARKAN


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor merasmikan penubuhan Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor di Menara FELDA, Kuala Lumpur. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#KualaLumpur – Johor secara rasmi melancarkan sekretariat bagi membincang dan menyelami hal ehwal pembangunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sekali gus menterjemah iltizam Kerajaan Negeri membela warga peneroka.

 

Dipengerusikan oleh YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor berperanan merangka inisiatif khusus terhadap kebajikan anak FELDA.

 

Sekretariat berkenaan juga akan menjadi platform strategik untuk menangani segera dan secara holistik permasalahan berbangkit seterusnya membela lebih 180,000 warga FELDA di 73 tanah rancangan terdapat di negeri ini.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir ke Majlis Berbuka Puasa Generasi FELDA Johor di Perantauan serta merasmikan penubuhan Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor di Menara FELDA, Kuala Lumpur, pada Ahad.

 

Hadir sama, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor; YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan; YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya dan YBhg. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA.

#GenerasiFELDAJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor