SENTIASA AWASI PERGERAKAN AHLI KELUARGA


Kerajaan Johor sudah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak berkuasa bagi merangka tindakan holistik dan bersepadu untuk menangani kes berkenaan dengan lebih berkesan. | Gambar Hiasan.

 

Kes orang hilang sehingga terdapat insiden berakhir dengan kehilangan nyawa yang berlaku sehingga menimbulkan keresahan masyarakat kebelakangan ini, turut mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri.

 

Peka dengan kejadian yang berlaku terutama ke atas golongan remaja dan kanak-kanak masih di bangku persekolahan, YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor menegaskan Kerajaan Negeri tidak berdiam diri.

 

Memandang serius isu keselamatan Bangsa Johor, Kerajaan Negeri sudah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak berkuasa bagi merangka tindakan holistik dan bersepadu untuk menangani kes berkenaan dengan lebih berkesan.

 

Masyarakat khususnya ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada sekali gus mengawasi pergerakan ahli keluarga masing-masing sama ada ketika berada di dalam mahupun di luar rumah.

 

Justeru, masyarakat perlu meletakkan soal keselamatan ahli keluarga sebagai keutamaan selain mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku ke atas keluarga masing-masing.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor