STATISTIK PACU PERTUMBUHAN BERPAKSI RAKYAT


Gambar fail.

 

Data statistik jelas dan tepat mengenai keadaan ekonomi, sosial dan demografi membolehkan Kerajaan Negeri merangka dasar secara menyeluruh serta berkesan seterusnya menyumbang kepada pembangunan yang mampan dan inklusif di Johor.

 

Pengumpulan data seumpama itu penting untuk membantu kerajaan menyediakan polisi berpaksikan rakyat yang turut menjadi input utama pelaksanaan dasar nasional dan menjadi kayu ukur pencapaian sosioekonomi, jelas Mazreha Ya’akub, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor.

 

Dapatan bancian membantu Johor mencatatkan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) merekodkan hasil memberangsangkan iaitu RM148.2 bilion pada 2023 berbanding RM142.4 bilion tahun sebelumnya serta pertumbuhan ekonomi yang kukuh sebanyak 4.1 peratus sejak fasa pemilihan COVID-19.

 

Antara statistik yang diukur bagi menilai pencapaian kerajaan termasuklah enrolmen, penyertaan tenaga buruh, pengangguran, kemiskinan, KDNK per kapita serta demografi merangkumi kadar kematian, kelahiran dan jangka hayat penduduk.

 

Maklumat diperoleh melalui bancian khas turut membolehkan kerajaan mengenal pasti usaha mengembangkan industri baharu sekali gus diyakini mampu menjana pertumbuhan peluang pekerjaan serta memastikan keseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor