SUKAN EMPAT NEGERI 2026 LABUH TIRAI

Program Peningkatan Kemajuan Kerjaya Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Terengganu, Kedah, Johor dan Kelantan Tahun 2026 melabuhkan tirai selepas tujuh hari penganjuran, dengan pengisian profesional dan sukan bagi memperkukuh kompetensi, integriti serta kepimpinan pegawai tadbir negeri. | Foto MDJ Nazreen Aimie
Selepas tujuh hari berkampung di Terengganu yang terkenal sebagai salah satu negeri paling bahagia, Program Peningkatan Kemajuan Kerjaya Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Terengganu, Kedah, Johor, dan Kelantan Tahun 2026 akhirnya melabuhkan tirai.
Penganjuran oleh Kerajaan Negeri Terengganu selaku tuan rumah kali ini telah mencapai matlamat utamanya dalam melahirkan modal insan kepimpinan yang kompeten, berintegriti dan holistik melalui pelbagai pengisian modul profesional serta kejohanan sukan yang berprestij.
Majlis penutupan rasmi di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu dengan menzahirkan penghargaan kepada semua Pegawai Tadbir Negeri (PTN) yang terlibat.
Keriangan berganda turut menyelubungi tuan rumah apabila kontinjen PTN Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Empat Negeri 2026 selepas mengumpul 68 mata mutlak hasil cemerlang enam pingat Emas, satu Perak dan dua kedudukan tempat keempat.
Terdahulu, YB Dato’ Sr Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru merangkap Presiden Persatuan PTN Johor hadir menyerikan majlis kemuncak pentadbiran awam tersebut.
#JohorSafeZone
#PegawaiTadbirNegeriJohor
#JohorCivilService
#SukanEmpatNegeri2026
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


