SUKMA SARAWAK XXI: TIADA REZEKI KE FINAL, SKUAD BOLA JARING SASAR PINGAT GANGSA


Walaupun tewas, skuad bola jaring Johor wajar diberikan pujian apabila memberi tantangan bertenaga dalam pertempuran sengit antara kedua-dua pasukan itu. | Foto Ihsan.

 

Harapan skuad bola jaring Johor untuk menjengah ke aksi final pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI tidak kesampaian apabila tewas tipis kepada Kedah 40-44 dalam saingan separuh akhir di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah, pagi tadi.

 

Bagaimanapun, skuad bimbingan Fazira Mesnan masih berpeluang untuk sekurang-kurangnya mendakap pingat gangsa apabila bakal turun menentang Terengganu dalam penentuan tempat ketiga/keempat, sekali gus menjadi penyumbang pingat kepada Kontinjen SUKMA Johor.

 

Walaupun tewas, skuad bola jaring Johor wajar diberikan pujian apabila memberi tantangan bertenaga dalam pertempuran sengit antara kedua-dua pasukan itu.

 

Suatu ketika, kedua-dua pasukan berada dalam kedudukan seimbang apabila seri 10-10 pada suku pertama, seterusnya mencatatkan mata 23-22 pada suku kedua, 34-33 pada suku ketiga.

 

Pada suku terakhir perlawanan, pasukan bola jaring Johor cuba melakukan serangan bertali arus, namun pasukan Kedah ampuh bertahan dengan sekali sekala cuba memerangkap dengan serangan balas pantas. Keputusan akhir kekal Johor 40-44 Kedah.

 

#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor