TABUNG KASIH JOHOR-PALESTIN TERUS DIBUKA


YB Mohd. Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kerajaan Negeri berhasrat meneruskan Tabung Kasih Johor-Palestin yang dilancarkan pada awal Julai lalu meskipun telah berjaya mencapai sasaran kutipan sebanyak RM2.5 juta.

 

Kerajaan Negeri akan memastikan sumbangan kepada mangsa kezaliman Zionis di Palestin dapat disampaikan secara berkala sekali gus menterjemah komitmen Bangsa Johor sentiasa bersolidariti dengan warga Palestin.

 

Daripada jumlah kutipan tersebut, sebanyak RM700,000 diperuntukkan bagi menyediakan 500 makanan bermasak yang memanfaatkan 15,000 orang sehari di Kem Pelarian Deir Al Balah, Palestin serta 4,000 pek makanan dan 250 khemah berkonsepkan Kampung Johor.

 

Justeru, bagi memastikan proses pembungkusan dan penghantaran berjalan lancar, rombongan Kerajaan Negeri akan menyerahkan sendiri sumbangan berkenaan di Mesir pada bulan November selain menyantuni anak Johor yang menetap di sana.

 

Kerajaan Johor juga komited memastikan sumbangan berjumlah RM2.5 juta dikutip menerusi Tabung Kasih Johor-Palestin digunakan bagi perbelanjaan pengurusan, kapal, logistik serta barangan sumbangan sebagai tanda solidariti kepada umat Islam di sana.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor