Tag Archive for: johor

JOHOR–SINGAPURA PERKUKUH KERJASAMA KELESTARIAN ALAM SEKITAR DAN BEKALAN AIR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus memperkukuh hubungan strategik dengan Singapura dalam usaha memastikan keselamatan bekalan air serta pengurusan alam sekitar yang lebih mampan bagi tempoh jangka masa panjang.   Perkara ini dizahirkan menerusi kunjungan hormat PYT Grace Fu, Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura bersama delegasi Kerajaan Singapura ke atas YAB Dato’ Onn Hafiz […]

JOHOR KUKUH HUBUNGAN STRATEGIK DENGAN UNIVERSITI AL-AZHAR

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor bakal menganjurkan Hari Antarabangsa Al-Azhar peringkat kebangsaan pada tahun ini, menerusi Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) sebagai komitmen memperkukuh hubungan strategik bersama Universiti Al-Azhar, Mesir.   Komitmen berkenaan turut diperkasa dengan beberapa cadangan strategik yang dikemukakan antaranya mengembalikan pengiktirafan program 3+2 bagi memastikan laluan akademik lebih tersusun dan berkualiti […]

JOHOR MELANGKAH KE FASA PENTING MUNCUL NEGERI MAJU

      Oleh – YB Tuan Lee Ting Han Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor       1. Tahun 2025 yang penuh cabaran dan pencapaian telah melabuhkan tirainya, membuka ruang untuk refleksi terhadap perjalanan yang telah ditempuh serta hala tuju Johor pada fasa seterusnya.   2. Saya […]

LEBUHRAYA WCE BAKAL KURANGKAN KESESAKAN TRAFIK DI JOHOR

  #IskandarPuteri – Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka menjadi antara projek infrastruktur utama yang bakal memberi impak signifikan terhadap kelancaran aliran trafik serta pembangunan ekonomi di Negeri Johor.   Lebuh raya WCE ini akan melengkapkan rangkaian laluan pengangkutan darat yang menghubungkan Banting di Selangor dengan Lebuh raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di Gelang […]

YONG PENG MAHU 10 PERATUS SASARAN 12 JUTA PELANCONG KE JOHOR

#BatuPahat – Sempena menyambut Tahun Melawat Johor 2026, Yong Peng kini bersedia sepenuhnya untuk menerima kedatangan pelancong sama ada dari dalam atau luar negara, sekali gus mensasarkan 10 peratus daripada 12 juta sasaran pelancong yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Johor, sebelum ini.   Bagi memastikan sasaran itu tercapai, pelbagai perancangan penganjuran program berskala besar […]

DEWAN NEGERI LULUSKAN BELANJAWAN JOHOR 2026

  #IskandarPuteri – Dewan Negeri Johor, hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.546 bilion yang telah dibentangkan pada 13 November lalu yang turut menyaksikan tiga hari sesi perbahasan dan diikuti sesi penggulungan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor selama dua hari, sepanjang tempoh Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2026) bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri […]

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI JOHOR PASTIKAN SETIAP DAERAH NIKMATI KEMAJUAN EKONOMI

  #IskandarPuteri – Johor kini memasuki fasa pembangunan yang lebih terancang dan berimpak tinggi apabila Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) akan menjadi panduan utama bagi memacu negeri ini ke arah status negeri maju menjelang 2030, selaras dengan aspirasi pembangunan holistik meliputi 10 daerah dan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT).   Meskipun JS-SEZ menjadi pemangkin pertumbuhan […]

JOHOR SUMBANG KOTAK MAKANAN SEBAGAI PERSIAPAN MENGHADAPI MTL

  #IskandarPuteri – Sebagai langkah persediaan awal menghadapi ketibaan musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Menteri Besar Johor dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah menyalurkan penghantaran kotak sumbangan makanan bencana ke 10 daerah di seluruh negeri ini.   Inisiatif ini dilaksanakan di bawah penyelarasan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri […]

BELANJAWAN JOHOR 2026 DIJANGKA KEKAL BERHEMAH

  #IskandarPuteri – Johor dilihat akan terus berada pada landasan kukuh untuk membentangkan Belanjawan Johor 2026 yang lebih berhemah, berfokus dan berpaksikan rakyat susulan rekod kewangan negeri yang stabil serta kemampuannya dalam mengekalkan status ‘surplus’ atau lebihan dalam belanjawan sebelum ini.   Menurut Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Fahmy Abdullah, Pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi dan […]

JOHOR BUKTI KEUPAYAAN URUS FISKAL, BANTU RAKYAT SECARA BERSASAR

  #IskandarPuteri – Menjelang pembentangan Belanjawan Johor 2026 pada 13 November depan menyaksikan kedudukan prestasi ekonomi negeri pada tahun ini telah membuktikan tahap ketahanan asas fiskal yang kukuh dan dasar mesra pelabur yang bukan sahaja membantu Johor menarik pelaburan baharu, malah turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus memastikan rakyat tidak pernah terpinggir dalam […]