Tag Archive for: js-sez

OCBC GROUP ZAHIR KOMITMEN UNTUK BERSAMA PACU JS-SEZ

  #IskandarPuteri – OCBC Group, salah satu institusi kewangan terkemuka Asia menzahirkan komitmen teguh untuk menyokong pelaburan, pembiayaan dan pengembangan perniagaan dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Dengan rangkaian operasi yang luas merangkumi Asia Tenggara, Greater China dan pasaran antarabangsa, OCBC Group bersedia menjadi jambatan penting menghubungkan Johor dengan pelabur serta pemain industri global. […]

JOHOR SERIUS PANTAU PROJEK BERIMPAK TINGGI

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus komited memantau rapi projek infastruktur berimpak tinggi supaya dapat dilaksanakan dan siap mengikut jadual sekali gus memberi manfaat secara langsung serta kesejahteraan kepada rakyat.   Antara projek yang menjadi tumpuan adalah menaik taraf Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) kepada empat lorong bernilai RM129 juta yang menunjukkan perkembangan positif apabila kemajuannya telah […]

IWG-JTDC PACU PEMBANGUNAN BAKAT JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkasa pembangunan bakat dan modal insan melalui pendekatan yang lebih strategik serta menyeluruh melalui penubuhan Industry Working Group (IWG).   Inisiatif yang dirangka melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) ini akan menjadi sebuah platform kolaboratif yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan dan institusi pendidikan […]

JEPUN MINAT KERJASAMA DAN MELABUR DI JS-SEZ

  #IskandarPuteri – Jepun menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dalam usaha memperkukuhkan lagi kerjasama ekonomi dengan Malaysia sekali gus membuka lembaran baharu hubungan dua hala merangkumi pelaburan hijau, pengangkutan pintar dan pendidikan.   Perkembangan positif tersebut dizahirkan oleh TYT Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun ke Malaysia yang turut […]

JOHOR BERPOTENSI RAIH RM26.18 BILION PELABURAN

  #IskandarPuteri – Dasar mesra pelabur yang diimplementasikan Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan keyakinan pelabur domestik dan asing sekali gus membuktikan Johor bukan sahaja memiliki potensi besar malah berada di landasan tepat sebagai peneraju ekonomi masa hadapan.   Melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J), sebanyak 439 pertanyaan berkaitan pelaburan telah diterima diikuti 57 projek […]

NIKKEI FORUM TINGKAT PROFIL JOHOR SEBAGAI KUASA BAHARU EKONOMI ASIA

  #IskandarPuteri – Nikkei Forum Medini Johor 2025 bertemakan Memacu Hab Inovasi Asia menjadi medan penting meningkatkan profil dan kedudukan Johor sebagai kuasa baharu serta bakal arkitek utama dalam membentuk masa depan ekonomi rantau ini.   Forum anjuran Nikkei Inc. bersama Nikkei Business Publication (BP) iaitu syarikat media dari Jepun dan Iskandar Investment Berhad (IIB) […]

MEREALISASIKAN AGENDA MAJU JOHOR

      Oleh – YB Tuan Lee Ting Han Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor     1. Pada 13 Jun lalu, genaplah tiga tahun Kerajaan Negeri melancarkan agenda Maju Johor 2030 yang merangkumi enam teras utama iaitu kecekapan tadbir urus kerajaan, pembangunan ekonomi, jaringan keselamatan sosial, infrastruktur, […]

DESARU COAST TERUS MENJADI DESTINASI PERANGINAN UNGGUL

  #KotaTinggi – Desaru Coast kini terus memperkukuhkan usaha dalam merancakkan lagi sektor pelancongan Johor dengan melantik Mandarin Oriental sebagai pengendali baharu bagi resort ikonik persisiran pantai di Desaru Coast ke arah pengurusan profesional dan antarabangsa.   Terletak dalam kawasan tumpuan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ), resort ini berpotensi besar untuk menarik […]

JTDC, YAYASAN PENERAJU CUNGKIL BAKAT AKAUNTAN DI JOHOR

  #JohorBahru – Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) menjalin kerjasama strategik dengan Yayasan Peneraju (YP), agensi di bawah Kementerian Ekonomi untuk pembangunan bakat dalam bidang perakaunan sebagai menyokong inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Inisiatif berkenaan merupakan langkah signifikan diambil Kerajaan Negeri bagi membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi seterusnya memenuhi permintaan industri yang turut […]

PERKUKUH INSTITUSI EKONOMI UNTUK BONGKAR POTENSI JS-SEZ

  #IskandarPuteri – Bagi memastikan Johor terus kekal kompetitif dalam arus persaingan serantau dan merealisasikan potensi penuh Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), usaha memperkukuh institusi-institusi utama ekonomi negeri perlu diberi perhatian serius.   Antara cadangan strategik bagi menjayakan hasrat tersebut termasuk penstrukturan semula Invest Johor yang boleh dienakmenkan melalui Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi memberikan […]