Tag Archive for: Negeri Johor

ALUMNI AKADEMI TULANG BELAKANG PENTADBIRAN NEGERI

  Seramai 129 alumni yang terdiri daripada 40 Pegawai Tadbir Negeri Johor, 15 Penolong Pegawai Tanah, 2 Penolong Pegawai Tadbir dan 72 Pembantu Tadbir hadir pada Majlis Penghargaan Alumni Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor 2023/2024 yang diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.   YB Dato’ Haji Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor […]

CUTI SABTU AHAD, RANCAK SEKTOR PELANCONGAN

  Penyelarasan cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad bagi Negeri Johor pada Januari tahun hadapan dijangka membawa impak positif terhadap sektor pelancongan.   Kumpulan Penyelidik Perancang Pelancongan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai Tpr. Dr. Norhazliza Abdul Halim melihat perubahan cuti itu berupaya meningkatkan aktiviti pelancongan rentas sempadan antara Johor dan Singapura.   Aliran […]

JOM BERWAKAF DENGAN SAHAM WAKAF JOHOR

  Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terus memperkukuhkan peranannya dalam pembangunan aset wakaf di negeri ini menerusi inisiatif Saham Wakaf Johor (SWJ), yang berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM2.26 juta setakat Ogos tahun ini.   Hasil kutipan tersebut akan diuruskan secara optimum oleh MAINJ dan digunakan bagi melaksanakan pelbagai projek wakaf yang bakal memberi manfaat […]

KERAJAAN NEGERI KENAL PASTI PUNCA PENCEMARAN

  Usaha pembersihan sisa bahan kimia di dua tapak pembuangan sisa bahan kimia melibatkan Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Desa Tropika melibatkan peruntukan sebanyak RM201,000 dijangka siap sepenuhnya esok.   Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sisa buangan bahan kimia melibatkan buangan pelarut organik bukan terhalogen (SW 322) dan buangan pelarut organik terhalogen (SW […]

JOHOR JOHAN KESELURUHAN MIISMAM 2024

  Negeri Johor dinobatkan sebagai johan keseluruhan Majlis Ihtifal Ilmiah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Ke-10 tahun 2024 yang berakhir hari ini, sekali gus mengukuhkan prestasi cemerlang negeri ini dalam pendidikan Islam.   Selepas tiga hari pertandingan berlangsung, kontinjen Johor berjaya mengungguli acara-acara seperti Tilawah Al-Quran, Syarahan Bahasa Melayu, Kitabul Maqal, Bahas Bahasa Melayu Ala […]

PESAWAH SAMBUT BAIK INISIATIF PEMBANGUNAN PADI KERAJAAN JOHOR

  Komitmen Kerajaan Johor menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.9 juta sebagai sokongan kepada usaha meningkatkan produktiviti sawah padi Negeri Johor daripada 4 kepada 6 tan metrik per hektar disambut baik para pengusaha sawah padi di negeri ini.   Bagi Idrus Yunus, 55, Pengerusi Kelompok Sawah Ring yang juga merupakan pesawah di kawasan berkenaan, insentif diberikan Kerajaan […]

SEMBILAN PROJEK TEBATAN BANJIR DI JOHOR SEDANG DILAKSANA

  Sembilan daripada sepuluh projek Tebatan Banjir Keutamaan Tinggi (TBBT) di Negeri Johor melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.45 bilion telah mula dilaksanakan manakala satu projek berada di fasa pra pelaksanaan.   Berita baik tersebut dimaklumkan menerusi taklimat khas berkenaan status semasa projek tebatan banjir oleh Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan […]

KOPI LIBERIKA JOHOR ‘SIGNATURE’ BAHARU JOHOR

  Kopi Liberika Johor bakal menjadi simbol kebanggaan Negeri Johor menerusi usaha pengeluaran benihnya, hasil kolaborasi antara Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang bertujuan memastikan Kopi Liberika Johor didaftarkan sebagai produk di bawah pemilikan Kerajaan Negeri.   YBrs. Ts. Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain, Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia […]

KONSERT RINDU BAYANGAN SINGKAP NOSTALGIA MAESTRO MUZIK JOHOR

  Dalam usaha memelihara dan mempromosikan warisan budaya seni muzik Melayu, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) bakal menganjurkan Konsert Rindu Bayangan pada 28 September ini bertempat di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.   Inisiatif murni ini adalah sebagai penghormatan khas atau ‘tribute’ kepada Allahyarham Omar Taib, Maestro Muzik Johor […]

KERAJAAN JOHOR PEDULI PEMBANGUNAN MASYARAKAT ORANG ASLI

  Kebajikan dan pembangunan Orang Asli di Johor terus diberi tumpuan sewajarnya oleh Kerajaan Negeri menerusi peruntukan signifikan disediakan bagi menjaga lingkungan semula jadi kumpulan masyarakat ini.   Usaha dan keprihatinan Kerajaan Johor dizahirkan menerusi peruntukan berjumlah RM8.3 juta daripada pelbagai agensi dan jabatan merangkumi iltizam bagi menyokong pelbagai program pembangunan komuniti untuk manfaat lebih […]