TEKAD UBAH NASIB KELUARGA
Melihat pengorbanan bapa bekerja sendiri mendorong Qistina Umairah Mohd Shukor, 15, tekad mengubah nasib dan meringankan beban keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh untuk merealisasi cita-cita bergelar seorang guru. Anak sulung daripada dua beradik yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, Kota Tinggi itu merupakan antara 20 penerima Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) […]