TERUS LONJAK KEMAJUAN LUAR BANDAR


YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor mempengerusikan Sesi Townhall : Memperkasa Ekonomi Melayu (Sektor Pertanian dan Kemajuan Luar Bandar). | Foto ihsan Facebook Zahari Sarip

 

Kerajaan Negeri komited untuk terus memperkasakan sosioekonomi masyarakat luar bandar secara holistik termasuklah dalam sektor pertanian yang menjadi antara agenda signifikan bagi merealisasikan aspirasi menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.

 

Bagi tujuan berkenaan, telah berlangsungnya Sesi Townhall : Memperkasa Ekonomi Melayu (Sektor Pertanian dan Kemajuan Luar Bandar) yang diadakan sempena Konvensyen Melayu Johor 2024 dan Persediaan Belanjawan Johor 2025 di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Batu Pahat yang dihadiri YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.

 

Sesi yang disertai kira-kira 300 peserta terdiri daripada penggerak sektor pertanian Negeri Johor iaitu golongan petani, penternak, nelayan, usahawan serta ketua-ketua kampung menjadi platform perkongsian idea dan pandangan kepada Kerajaan Negeri bagi merencanakan inisiatif seterusnya menghasilkan belanjawan bersifat holistik.

 

Selain itu, sesi yang sama juga menjadi landasan kepada pakar daripada jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta memberikan input bagi menjayakan agenda periuk nasi selatan serta mengukuhkan keterjaminan makanan di negeri ini yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri.

 

Malah peruntukan signifikan berjumlah RM70.71 juta daripada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada Kerajaan Negeri untuk memperkasa pembangunan meliputi sektor ternakan, tanaman, akuakultur disambut baik dan dihargai oleh kumpulan usahawan agro Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor