TINDAKAN TEGAS TERHADAP HANTARAN MEDIA SOSIAL BERUNSUR FITNAH DAN AJARAN MENGELIRUKAN

Kerajaan Negeri menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyebaran ajaran yang boleh menyelewengkan akidah umat Islam serta mengganggu ketenteraman awam | Foto FB Mohd Fared Mohd Khalid
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor tidak sesekali akan berkompromi dan sedia mengambil tindakan tegas terhadap hantaran di media sosial yang mengandungi unsur fitnah, penghinaan serta dakwaan tidak berasas terhadap Institusi DiRaja Johor, pihak berkuasa dan agama Islam.
Justeru, pendekatan bersepadu akan dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi menyelaras tindakan serta penelitian dari sudut akidah dan syariah termasuk membuka kertas siasatan bagi setiap kesalahan yang dilakukan.
Kerajaan Negeri juga menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyebaran ajaran yang boleh menyelewengkan akidah umat Islam serta mengganggu ketenteraman awam, jelas YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai kandungan yang belum disahkan kesahihannya serta merujuk kepada pihak berautoriti dalam segala hal yang berkaitan agama Islam.
#JohorSafeZone
#AjaranSesat
#JAINJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


