TOK BATIN SYUKUR, SAMBUT BAIK INISIATIF PERKASA ORANG ASLI

Kerajaan Johor umum 9 inisiatif baharu bernilai RM3.8 juta untuk memperkasa kebajikan lebih 18,000 masyarakat Orang Asli. | Foto MDJ Wira Anggara
#Kluang – Komitmen Kerajaan Negeri dalam memberikan sokongan berterusan terhadap kesejahteraan masyarakat Orang Asli dengan penyediaan pelbagai inisiatif meliputi aspek pendidikan, infrastruktur dan sosioekonomi disambut baik oleh komuniti berkenaan.
Pengumuman sembilan inisiatif baharu yang bernilai RM3.8 juta bagi Mohd Noorsham Abdullah, Tok Batin Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, mencerminkan masyarakat Orang Asli tidak pernah dipinggirkan dan institusi Tok Batin sentiasa diiktiraf.
Beliau sangat bersyukur atas perhatian dan keprihatinan oleh Institusi DiRaja Johor, Kerajaan Negeri dan pemimpin akar umbi terhadap kebajikan serta membolehkan mereka untuk menikmati pembangunan dan kemudahan disediakan.
Sementara itu, Osman Abu Bakar, Tok Batin Kampung Orang Asli Sri Mahkota pula memaklumkan elaun tambahan kepada ketua masyarakat sebelum ini membantu mereka menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Pemberian Bantuan Laptop Siswa Johor kepada orang muda termasuk anak Orang Asli yang melanjutkan pengajian ke universiti turut dipuji kerana membantu mengurangkan beban perbelanjaan keluarga sekali gus meningkatkan akses pendidikan berkualiti.
Selain itu, tambahan sumbangan ‘one-off’ RM300 kepada 46 Tok Batin di Johor juga disifatkan amat bermakna dalam meringankan beban perbelanjaan untuk mengurus keperluan komuniti termasuk pendidikan, kecemasan dan pembangunan kampung.
Terdahulu, sebanyak sembilan inisiatif baharu bernilai RM3.8 juta memanfaatkan lebih 18,000 masyarakat Orang Asli di Johor diumumkan Kerajaan Negeri dalam usaha memperkasa dan menjaga kebajikan serta memastikan komuniti berkenaan menikmati pembangunan yang inklusif.
#OrangAsliJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor