YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG SELAMAT MENERIMA CUCUNDA KETUJUH

Pengumuman DiRaja yang dikeluarkan Dato’ Dr Haji Abdul Rahim Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor
#IskandarPuteri – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dikurniakan cucunda ketujuh apabila YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad, 5 April.
Cucunda tersebut merupakan anakanda kelima kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, sekali gus menambah seri Keluarga Diraja Johor.
DYAM Tunku Mahkota Ismail dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan kini dikurniakan lima orang cahaya mata.
Pengumuman Diraja berhubung khabar gembira ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Dr Haji Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dalam satu Pengumuman Diraja pada hari ini.
#InstitusiDiRajaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



