YAYASAN JCORP JAYAKAN ADVOKASI KESIHATAN MENTAL
Yayasan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Puteri, Cerebrum dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan forum ‘Strong Minds, Strong Bonds’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dan memberikan sokongan kepada keluarga terkesan dengan autisme.
Disertai lebih 80 peserta, forum menampilkan panel profesional seperti Prof. Madya Dr. Anne Yee Hway Ann, Pakar Psikiatri Hospital Pakar KPJ Puteri dan Catriona Ross, selebriti tempatan yang berkongsi pengalaman serta memberi perspektif kepada ibu bapa dan penjaga terhadap penjagaan anak autisme.
Forum turut mengetengahkan Dr. Wan Mohd Azam Wan Mohd Yunus, Pensyarah Psikologi Klinikal UTM dan Azsyikin Jazuli, Pengerusi Persatuan Kanak-Kanak Autistik Islam Johor Bahru yang berkongsi pandangan mengenai hubung kait autisme dengan pengurusan kesihatan mental.
Sementara itu, Zaidatul Zurita Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp menyifatkan forum berkenaan merupakan strategi pihaknya membantu ibu bapa dan penjaga mendapatkan khidmat sokongan penjagaan kesihatan mental dengan bertemu kumpulan pakar sekali gus melahirkan masyarakat yang penyayang.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor