YAYASAN KPRJ SANTUNI GOLONGAN ANAK YATIM DAN KURANG BERKEMAMPUAN

YB Dato’ Lukman Abu Bakar, Pengerusi Yayasan KPRJ menyantuni penerima berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Program Titipan Amal yang berlangsung di Opero Hotel. | Foto Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd
#JohorBahru – Sempena Ramadan kali ini dan juga kedatangan Syawal tidak lama lagi, Yayasan KPRJ tampil menyalurkan sebanyak 60 kotak makanan asas duit raya kepada golongan kurang berkemampuan serta menyantuni anak-anak yatim menerusi Program Titipan Amal yang diadakan di Aeon Bukit Indah dan Hotel Opero, baru- baru ini.
Kotak makanan berkenaan mengandungi beberapa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak dan tepung itu diagihkan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh beberapa keluarga kategori berpendapatan rendah untuk membuat persediaan menjelang Aidilfitri.
Selain itu, anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Pontian turut menerima sumbangan barangan Hari Raya serta turut diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan khas untuk mereka.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi bantuan secara langsung, malah memperluas jaringan kebajikan kepada golongan memerlukan, selain memupuk semangat kerjasama, kasih sayang dan prihatin antara warga kerja KPRJ dan masyarakat.
Yayasan KPRJ juga komited untuk meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara, khususnya menjelang musim perayaan.
Terdahulu, YB Dato’ Lukman Abu Bakar, Pengerusi Yayasan KPRJ hadir menyantuni penerima berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Program Titipan Amal yang berlangsung di Opero Hotel, baru-baru ini.
#JohorSafeZone
#YayasanKPRJ
#ProgramTitipanAmal
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


