ZI HAO PASANG IMPIAN KE OLIMPIK
Atlet lawan pedang Johor, Teh Zi Hao menepati ramalan meraih pingat emas dalam saingan lawan pedang menewaskan Tony Lee dari Melaka, 15-13 pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.
Cemerlang dalam acara kegemarannya, sabre individu lelaki, Zi Hao memasang impian untuk beraksi di pentas Olimpik, selepas pernah bertarung dengan Olimpian dari Vietnam di pentas Sukan SEA Kemboja 2023.
Dengan pengalaman dimiliki di pentas antarabangsa, Zi Hao akan memanfaatkannya untuk membantu rakan sepasukannya dalam saingan sabre berpasukan sekali gus menambah koleksi pingat buat kontinjen Johor.
Mengulas mengenai kejayannya di pentas final, Zi Hao menyifatkan pingat emas dirangkulnya itu sangat bermakna buatnya yang membuat penampilan sulung di pentas SUKMA selain mendedikasikan kejayaan tersebut buat kedua ibu bapa.
Malah, pertembungan dengan rakan sepasukan, Keane Leong di peringkat separuh akhir mengajar Zi Hao erti persaingan di dalam gelanggang tanpa mengira status kawan atau lawan untuk menjadi yang terbaik sekali gus muncul sebagai pemenang.
#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor