108 PASUKAN REBUT KEJUARAAN JRC 2025

YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor pada Sidang Media JRC 2025 di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
Karnival Ragbi Johor (JRC) 2025 anjuran Kesatuan Ragbi Johor yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Oktober 2025 di Stadium Ragbi Johor, Mount Austin bakal menghidangkan aksi menarik buat semua peminat ragbi di selatan tanah air dan seluruh negara.
Kejohanan kali ini tampil kelainan dengan pengisian program ragbi sepanjang tempoh karnival, dimulakan dengan kursus ‘Strength and Conditioning’ dilatih oleh pakar daripada Kesatuan Ragbi Dunia (WR) dan Klinik Ragbi anjuran Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
JRC 2025 menyaksikan pertembungan 108 pasukan daripada empat kategori lelaki dan perempuan berusia 11 hingga 16 tahun, termasuk pasukan antarabangsa dari Indonesia bakal merebut gelaran juara edisi ke-13.
Penganjuran sukan ragbi terbesar ini akan membantu daripada segi pembangunan akar umbi dan menjadi landasan terbaik untuk pemain tempatan bersaing dengan pasukan dari luar negara, sekali gus menarik minat pelancong luar ke negeri ini menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor hadir ke Sidang Media JRC 2025 di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru.
Turut hadir, YB Dato’ Haji Mohd. Noorazam Osman, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) merangkap Presiden Kesatuan Ragbi Johor; Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah MSNJ dan Tuan Haji Mohd Hanafi Samad, Pengarah Pendidikan JPNJ.
#JRC2025
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor