1,200 PELARI MERIAHKAN ‘PINKTOBER RUN JB 2023’


Antara peserta yang hadir ‘Pinktober Run JB 2023’ di Dataran Bandaraya Johor Bahru. 

 

Lebih 1,200 pelari menyertai ‘Pinktober Run JB 2023’ di Dataran Bandaraya Johor Bahru baru-baru ini, sempena bulan kesedaran kanser payudara kebangsaan disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

 

Program bersekali dengan ‘JB Neon Recreational Night’ itu merupakan kolaborasi Yayasan Johor Corporation (JCorp), Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Co:action Events Sdn. Bhd yang turut disokong ‘Breast Cancer Support Group Johor Bahru’.

 

Pelepasan larian telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Co:action Events Sdn. Bhd., David Bareng secara bersama dengan Pengurus Besar Yayasan JCorp, Wan Su Ali dan Timbalan Setiausaha MBJB, Ir. Nazatul Shima Mohamad.

 

Sementara itu, Wan Su memaklumkan kolaborasi bersama Co:action Events Sdn. Bhd menganjurkan ‘Pinktober Run JB 2023’ itu merupakan tahun kedua berturut-turut sebagai sumbangan signifikan pihak yayasan kepada pejuang kanser.

 

Yayasan JCorp berhasrat meneruskan program amal seumpama itu pada masa hadapan, sekali gus memastikan sokongan masyarakat terarah untuk membantu pesakit kanser.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor