TERUS KEKALKAN KEHARMONIAN BANGSA JOHOR


Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Johor di Dataran Tanjung Emas, Muar. | Foto Nor Nazreen

 

Kerajaan Negeri menyeru setiap lapisan masyarakat terutama Bangsa Johor terus mengekalkan nilai harmoni yang telah lama dibina oleh generasi terdahulu di negeri ini.

 

Keharmonian itu perlu diterapkan oleh pengguna media sosial dengan menjadikan platform tersebut sebagai medan menyebarkan mesej-mesej positif yang dapat menyemarakkan semangat perpaduan.

 

Ia secara tidak langsung berupaya mengekang ancaman dan pelbagai perspektif tidak sihat ditimbulkan dalam kalangan pengguna yang gemar mencetuskan provokasi bertujuan menjejaskan keharmonian antara kaum.

 

Perkara itu dikongsikan oleh YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Johor di Dataran Tanjung Emas, Muar.

 

Beliau turut menyempurnakan pelepasan konvoi membabitkan lebih 200 peserta dan 100 kenderaan daripada pelbagai jabatan, agensi termasuk golongan belia dan komuniti ‘P-Hailing’ bagi menzahirkan semangat patriotisme pada bulan kebangsaan.

 

Hadir sama, YB Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor; YB Dato’ Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) dan YBhg Hasrin Kamal Hashim, Pegawai Daerah Muar.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor