DANISH IFTIKHAR RAJA PECUT SUKMA SARAWAK 2024


Danish Iftikhar rangkul pingat Emas untuk sukan Olahraga acara 100 meter lelaki dengan catatan masa 10.53 saat di Stadium Sarawak. | Foto MDJ Bayu Wira

 

Tidak sangka dengan keputusan akhir sukan olahraga acara 100 meter lelaki, Danish Iftikhar rangkul pingat Emas dengan catatan masa 10.53 saat di Stadium Sarawak hari ini.

 

Danish meluahkan rasa syukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa dan juga cikgu-cikgu di sekolah atas segala pengorbanan mereka.

 

Mula serius dalam sukan olahraga sejak umur 15 tahun, Danish mengakui agak sukar membahagi masa untuk berlatih, dalam pada masa sama membuat persiapan menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hujung tahun ini.

 

Tawakal dengan segala usaha dan percaya pada proses antara prinsip hidup yang diamalkan dan menjadi motivasi harian kepada raja pecut Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 ini.

 

Acara seterusnya yang menanti Danish Iftikhar adalah separuh akhir 200 meter individu pada 20 Ogos 2024.

 

Tahniah Danish!

 

#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor